KUALA LUMPUR:Malaysia tegas dengan pendirian tidak akan berkompromi dengan sebarang tuntutan asing terhadap Sabah, dan akan kekal mempertahankan wilayah itu sehingga ke titisan darah terakhir.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari ini, tindakan itu selari dengan pendirian kerajaan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
Katanya, pendirian tersebut diambil berdasarkan Laporan Suruhanjaya Cobbold bahawa lebih dua pertiga rakyat Sabah ketika itu mengambil keputusan untuk bersama dengan Malaysia, bukannya negara lain.
"Untuk makluman, sejak perkara ini dibahaskan pada mesyuarat kedua penggal ketiga yang lepas di Kamar Khas dan di Dewan Negara, masih tidak ada apa-apa perubahan terhadap perkara ini.
"Kerajaan Malaysia telah lama menegaskan pendirian kita mengenai isu tuntutan Sabah secara jelas dan konsisten.
"Malaysia tidak akan sekali-kali dan sampai bila-bila melayan atau mengiktiraf sebarang bentuk tuntutan oleh mana-mana pihak asing ke atas negeri Sabah.
"Isu tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah tidak relevan.
"Sabah adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia berdasarkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1962, di mana rakyat Sabah telah melaksanakan hak menentukan sendiri (self-determination) status negeri mereka untuk berada di dalam Persekutuan Malaysia.
"Laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1 Ogos 1962 dan mengesahkan bahawa lebih daripada dua pertiga rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963."
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang ingin mengetahui status kedudukan Sabah berkaitan isu tuntutan negara Filipina terhadap negeri itu.
Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, beliau setuju dengan pandangan Azizah bahawa isu tersebut telah berlarutan sekian lama dan tenggelam timbul.
Ujarnya, setiap kali isu tersebut dibangkitkan, Malaysia akan menolak tegas dengan mengadakan nota bantahan kepada Kerajaan Filipina, membuat kenyataan media, serta memanggil Duta Besar Filipina ke Malaysia untuk menuntut penjelasan.
Kepada soalan tambahan Azizah berhubung langkah kerajaan bagi memastikan perkara itu tidak berlarutan, Kamaruddin berkata, Kerajaan Perikatan Nasional sentiasa serius dalam menjayakan Perjanjian Malaysia 1963.
“Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan telah umumkan belanjawan terbesar bukan saja kepada Malaysia tapi untuk Sabah sendiri.
"Tindakan ini untuk memastikan rakyat Sabah kekal menyokong keberadaan dalam Malaysia, dan akan menangkis percubaan mana mana negara untuk menuntut negeri itu,” katanya lagi.
Pada Ogos lepas, Filipina telah meluluskan rang undang-undang (RUU) baharu memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu sebagai sebahagian peta pasport negara itu.
Situasi itu menimbulkan kemarahan beberapa pihak dalam negara ini, dan Kementerian Luar mengambil pendirian tegas membantah tindakan provokasi itu.
Firdaus Azil
Thu Nov 12 2020
Menurut Kamaruddin, setiap kali isu tersebut dibangkitkan, Malaysia akan menolak tegas dengan mengadakan nota bantahan kepada Kerajaan Filipina. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia libat diri secara aktif dengan negara ASEAN kukuhkan ketersambungan tenaga - Fadillah
Melalui pertukaran sumber, pengetahuan dan teknologi, Malaysia boleh mengatasi pelbagai halangan dan mempercepatkan penggunaan teknologi hijau dalam memupuk langkah kolektif ke arah kemampanan.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.